Assalamualaikum...
Mata ni kalau menjelang petang mulalah minta ditutup sekejap. Nasib lah masa rehat tadi dapat tidur sekejap jadilah untuk melepaskan ngantok di mata.. dah macam melepaskan batuk di tangga pulak.. hahaha.. Aku kalau waktu rehat tak sah kalau tak lelapkan mata. Dapat 10 - 15 minit dia punya segau.. perghhhh.
Okay-okay, bukan pasal mata, mengantok dan tido aku nak cerita benau nya. Entri kali ni pasal aku, suami dan mak mertua berserta abang kepada suami aku telah bershort vacay. HAHA.. tak payah nak bershort vacay sangat la kina oiii.. pegi jemputan majlis perkahwinan sepupu suami belah arwah ayahnya di Terengganu 31 Mac lepas. Arwah ayah mertua aku memang ramai sedara kat sana.. Masa dapat jemputan ni pun macam terkejut jugaklah sebabnya kitaorang baru balik merewang majlis perkahwinan abang aku.
Terkejut bukanlah sebab apa pun.. terkejut sebab kitaorang kumpul duit then spend dekat wedding abang aku. Yela abang aku kahwin dengan orang Kelantan dan kau gila pegi sana bawa sikit je duit. .of kos lah nak shopping sekali kan walaupun cakap dengan suami "g kelantan ni nak tengok dak abang nikoh je".. kononnnnnnn!! hahaha.. yang terkejut nya sebab majlis perkahwinan sepupu suami tu dekat Terengganu.. kau rase?? padahal kitaorang baru lepas pegi wedding classmate UiTM aku kat Terengganu bulan 12 tahun lepas ..ni nak pegi lagi. Dah lah masa bulan 8 tahun lepas pegi Pahang sebab wedding ex-classmate aku jugak. Bulan 2 haritu ke Kelantan wedding abang aku.. Dah rasa macam Jelajah Pantai Timur pulak.
So,,30 Mac Jumaat malam baru kami gerak ke Terengganu.. jalan nak ke Terengganu ni boleh pilih sama ada nak ikot highway atau jalan dalam. Suami decide untuk ikot jalan dalam sebab Along ikut sekali.. Jumaat malam tu macam bersantai-santai, masih boleh layan lagi movie Johny English lakonan Mr.Bean.. tengah syok tengok elektrik pulak tetiba putus.. terus bersiap-siap keluar rumah..(
padan muka, suami dok suruh bersiap kau masih nak tengok tv lagi)
Masa perjalanan pegi tu excited la.. Biasa lah aku ni kalau jalan jauh die punya excited lain maciammm..Excited-excited jugak, tidur-tidur jugak..HAHA..Biasa kalau jalan jauh dan malam aku akan ambil kafein untuk elakkan mengantok..konon nak teman si suami..Satu peel aku ni kalau jalan jauh suka nak sangat nak ke tandas. Selepas dibebelkan oleh mak dan suami maka aku kurangkan tabiat ke tandas. Pegi bila suami berhenti di RnR sahaja.
Pagi tu lebih kurang pukul 5.30pg kami berhenti di perhentian Ajil untuk solat dan mandi.. Plan mulanya nak terus ke homestay Pak Andak suami, tapi Along ajak untuk berjalan di bandar Kuala Terengganu dulu. Dalam pukul 7 lebih kami berhenti sarapan dulu. Dekat mana aku tak ingat pulak.. Lepas sarapan kami terus ke
Masjid Kristal. Masjid tu dari tahun lepas aku pegi still lagi renovation. Lepak jela di luar masjid sambil melihat biawak berenang-renang..Gayat oiii geli geleman pon ade.huhu...Pagi lagi kami dah sampai dkt masjid kristal so kedai pon tak bukak lagi.
Lepas Kak Long dah puas bergambar, kami bergerak untuk ke
Pasar Payang pulak..Jalan-jalan saje sebab aku dan suami baru je pegi so excited nak shopping tu tak ada..Aku cuma belikan mak aku kopok kering dengan kopok lekor je..lepas tu memasing laki bini dah kepanasan dan haus..Keluar je dari pasar payang terus pegi ke kereta sebab tak tahan panas dengan haus sambil menunggu kak long sekeluarga selesai shopping. Kitaorang ni ada jugak menunggu dia rupa-rupanya shopping kain ela. Cantik dan Murah weiii.. Aku mula nak kirim mak mertua je belikan.. tapi bila mak cakap "haa malas-malas lepas ni jangan ikot berjalan".. setepek kena terus keluar ikot diaorang..HAHAHA.. dah sampai rambang mata weeiii..
Dah dekat pukul 11pagi masa tu kami cari masjid terdekat untuk bersiap sebelum ke kenduri kahwin.. Duduk dekat kenduri tu pun tak lama. Pukul 2 kami dah gerak balik sambil tu menyinggah cari kopok lekor. Lepas tu kami ke Warong Pok Nong nak makan Ikan Celop Tepong. Dari pegi Terengganu dgn kelantan dulu dah request dgn suami, tapi kekangan masa so tak dapat pegi. Ini kali harus pegi..Dari uma kenduri nak ke Warung Pok Nong tu ada lah dalam 45minit. Sampai, beratur dan makan lepas tu lepak jap bergambar kenangan.
|
Ni masa kat kenduri kahwin. tak dapat bergambar di pelamin di pintu gerbang pon jadilah.. |
lebih kurang pukul 5ptg kami masing-masing bergerak ke tempat yang dituju. Aku ke Kuala Lumpur manakala Along terus pulang ke Melaka. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang 4 ke 5 jam..Perjalanan yang paling bosan penah kami alami.. Aku dan suami 2 3 kali bertukar tempat duduk disebabkan mengantok. Sampai di KL kami terus ke Kondo adik ipar aku untuk bawa dia sama-sama menginap di hotel di Petaling Jaya. Sampai hotel gedebak gedebuk dalam pukul 2.. Mandi makan terus tidur.. Penattt wehh..
|
IKAN CELOP TEPONG, WARONG POK NONG.
ni je yg suami sempat ambil. aku masa ni tengah beratur nak ambil air.. |
Esok pagi kami bersarapan di hotel sahaja memandang hotel yg aku tempah dah termasuk dgn pakej sarapan sekali.. Senang tak perlu pagi-pagi berasak cari kedai makan. Usai makan kami lepak di bilik sementara menunggu masa untuk check out.. Selesai check out jam 12.30 tengahari kami terus ke
Tugu Negara memandangkan aku tidak pernah jejakkan kaki di sana. Berhenti makan di KFC lalu kami ke tempat praktikal adik ipar aku di
Publika. Publika tu macam shopping complex jugak tapi untuk orang ada-ada jela. Tak berani nak membeli di sana.
|
Bergambar kenangan di Tugu Negara |
Usai jelajah Publika, suami ternampak signboard untuk ke Istana Negara. Makanya kami bergegas ke sana untuk mengambil gambar sebagai kenangan walaupun hanya bergambar dengan pintu istana sahaja.. AHAHAHA..
jadi lerr nakk oiiii.. Selesai bergambar kami pun menghantar adik ipar pulang ke kondonya semula dan kami terus pulang ke Melaka.. Sampai Melaka lebih kurang jam 9 malam terus ke rumah along untuk hantar anak buah pulak. Aku sempat singgah ke rumah mak hantar kepok lekor..
|
Ni kat Istana Negara |
Itu sahaja coretan percutian singkat kami ke Terengganu dan Kuala Lumpur.. jadi lah sebagai pengalaman dan ingatan buat kami..