Assalamualaikum... Selamat Pagi yang tak berapa nak pagi dah ni.. Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa untuk tahun 2018.. Semoga segala amalan kita di bulan ni diterima Allah SWT..
Entri kali ni aku nak cerita kisah kami suami isteri bershort honeymoon awal bulan haritu.. Ada 3 event kitaorang kena pergi. macam besau pangkat ek 😏.. Dua darinya memang sudah masuk dalam schedule perjalanan.. Satu lagi tu last minit punya plan..
Kak biras aku ni haa dah lama mengajak dok lepak dekat Grand Lexis Port Dickson tapi masa seakan tidak memberi peluang nak ke sana.. First date tu memang aku suami isteri tak ikut serta sebenarnya dan date tu pulak dorang terpaksa cancel sebabnya anak buah aku buat hal. Tah apa dia main dengan kakaknya then mengadu leher sakit, nak gerak2 pun sakit. So pagi tu kak biras aku cancel booking Grand Lexis tu.. So plan pulak pergi next two weeks lepas tu. Dan tarikh tu pulak abang ipar aku kena standby 24jam sebab nak PRU14. Lepas tu kak biras aku decide untuk pergi jgk tapi duduk hotel lain sebab tak sedap la abang ipar aku takde.
So kiteorang menginap dekat D'Wharf Hotel & Serviced Resident, Port Dickson.
sumber dari PakCik Google |
Ni Bilik Premier |
Sarapan dia not bad la jugak.. Ade mee, roti canai, bubur, waffle, banyak jugaklah..Mase ni baru ade semua. Adik ipar aku sampai malam abang ipar aku pulak sampai pagi. |
Selepas breakfast aku dan suami jalan2 kat tepi private pantai dekat waterfront. Pantainya biasa je tak ade la besar dan pantai situ tak boleh mandi tak silap aku. Kitaorang lepak kejap pastu terus pegi dekat yang lain tengah mandi dekat pool. Lepak kejap dengan dorang dekat pool pastu naik untuk kemas barang sebabnya aku dan suami ade 2 tempat lagi nak pegi Ahad tu so kami sangat-sangat mengejar masa..
Sekian di sini saje untuk entri kali ni.. Lagi 2 tempat tu aku sambung nanti ye.. Daaaa
No comments:
Post a Comment