Tuesday 22 May 2018

D'Wharf Hotel & Serviced Residence, PD 2018

Assalamualaikum... Selamat Pagi yang tak berapa nak pagi dah ni.. Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa untuk tahun 2018.. Semoga segala amalan kita di bulan ni diterima Allah SWT..

Entri kali ni aku nak cerita kisah kami suami isteri bershort honeymoon awal bulan haritu.. Ada 3 event kitaorang kena pergi. macam besau pangkat ek 😏.. Dua darinya memang sudah masuk dalam schedule perjalanan.. Satu lagi tu last minit punya plan..

Kak biras aku ni haa dah lama mengajak dok lepak dekat Grand Lexis Port Dickson tapi masa seakan tidak memberi peluang nak ke sana.. First date tu memang aku suami isteri tak ikut serta sebenarnya dan date tu pulak dorang terpaksa cancel sebabnya anak buah aku buat hal. Tah apa dia main dengan kakaknya then mengadu leher sakit, nak gerak2 pun sakit. So pagi tu kak biras aku cancel booking Grand Lexis tu.. So plan pulak pergi next two weeks lepas tu. Dan tarikh tu pulak abang ipar aku kena standby 24jam sebab nak PRU14. Lepas tu kak biras aku decide untuk pergi jgk tapi duduk hotel lain sebab tak sedap la abang ipar aku takde.

So kiteorang menginap dekat D'Wharf Hotel & Serviced Resident, Port Dickson.

sumber dari PakCik Google
Jadilah untuk satu malam.. Bilik kitaorang tu bilik Premier yang ada 2 katil queen tapi ada satu bilik je.. Satu katil lagi jenis open. Kitaorang book hari sabtu 5 Mei check out ahad 6 Mei.. Kak biras, anak2 dia dan mak mertua aku pergi dulu tengahari tu. Aku dan suami kena kerja so kitaorang gerak dalam pukul 3 macam tu. Sampai sana dekat pukul 5 itu pun kak biras aku call anak die dah ajak turun pool. Mase ni abang ipar dengan adik ipar aku belum sampai lagi. So kitaorang je yg berhuha dulu...

Ni Bilik Premier
Sarapan dia not bad la jugak.. Ade mee, roti canai, bubur, waffle, banyak jugaklah..Mase ni baru ade semua. Adik ipar aku sampai malam abang ipar aku pulak sampai pagi.
Selepas breakfast aku dan suami jalan2 kat tepi private pantai dekat waterfront. Pantainya biasa je tak ade la besar dan pantai situ tak boleh mandi tak silap aku. Kitaorang lepak kejap pastu terus pegi dekat yang lain tengah mandi dekat pool. Lepak kejap dengan dorang dekat pool pastu naik untuk kemas barang sebabnya aku dan suami ade 2 tempat lagi nak pegi Ahad tu so kami sangat-sangat mengejar masa..

Sekian di sini saje untuk entri kali ni.. Lagi 2 tempat tu aku sambung nanti ye.. Daaaa


Thursday 17 May 2018

Awal Ramdhan 2018



Assalamualaikum... Selamat Pagi..

Image result for ramadhan kareem


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg penuh Barakah untuk umat Islam..

Alhamdulillah.. Tahun ni masuk tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dan hari ni hari kedua kita berpuasa.. Semoga amal jariah yang dilakukan dalam bulan ini diberkati Allah SWT.. Hari kedua puasa ni belum ade juadah istimewa dari air tangan aku.. Ada pun berbuka semalam suami suruh masak sayur terung.. Jadilah tu kan dari takde.. HAHA..

Bulan puasa ni waktu bekerja aku sedikit berubah.. So boleh la balik awal utk merewang di dapur.. Waktu hari bekerja biasanya aku masuk pukul 8.30pagi dan balik 5.30petang.. So untuk sebulan ni masuk awal setengah jam dan balik awal setengah jam jugak 8pagi - 5ptg.. Okay la tu tak lah berposak sangat terkejar-kejar balik nak memasak..kannn... walaupun kekadang bukan kekadang sangat lah selalunya mak mertua aku dah masak juadah berbuka..Aku balik keje pun just goreng ikan ke goreng sayur je..

Semoga bulan yang mulia ni dapat lah kita sama-sama membuat kebaikan dan dibalas dengan seribu kebaikan..In Sha Allah.. Semoga segala doa dan hajat dalam bulan mulia ni Allah makbulkan. Aamiin..

Monday 23 April 2018

My Birthday 2018

Haii..Assalamualaikum. sekali lagi kita bersua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Tanggal 22 April 1992 telah lahirnya seorang puteri Md Said dan Nona di hospital Melaka. Puteri yang diberi nama Siti Nor Shakina lain daripada nama kakak-kakaknya iaitu Sanawati, Sanawani dan Sanoraisha. Lahirnya dia sebagai anak yang ke dua belas yakni adik bongsu dalam keluarga besar ini. 

Macam formal sangat lah pulak rasa nya... HAHAHA. Okay2..Tarikh aku dilahirkan tu masa mak aku berusia 45 tahun..45 tahun kau.. haaa. kau rasee. WOW!!. semua macam tak percaya je. Sekarang umur aku 26 tahun dan mak aku 71 tahun.. Kalau pegi mana-mana mesti orang ingat mak aku tu nenek aku..hahaha.. Pernah sekali pegi gunting rambut dengan mak aku, tauke tu tanya "tu nenek u ke",, aku jawab ler "tu mak saya la aunty".. terus die tanya umur mak aku berapa, lahirkan aku umur berapa. Bila aku cakap mak lahirkan aku umur die 45 tahun. Terus cina tu "biar betul meyh. selalu umur macam tu anak ade complication @ cacat." kuaajakkk tak.. huhuhu. "takde la aunty, sy okay je takda masalah pon" aku jawab kat dia..

Alhamdulillah..semakin hari semakin sihat. Bersyukur sampai ke detik ini mak masih lagi bersama dengan aku walaupun ayah telah pegi dulu menghadap Ilahi. Al fatihah untuk arwah ayah.. Ayah yg terlalu banyak berkorban utk kami sekeluarga tak lupa jugak buat mak.. Terima kasih telah membesarkan diri kami, bersusah-payah, bersengkang mata, berpenat-lelah, berperit jerih walaupun aku tahu susah nak menjaga 12 orang anak.. 

Umur semakin meningkat ni semoga aku sentiasa istiqomah dalam apa jua aku buat. Semoga aku terus diberi kekuatan utk terus beribadat kpd Allah, ditetapkan iman, diperluaskan pintu rezeki, dikurniakan zuriat yg soleh solehah, dipanjangkan kasih sayang seorang suami, dipermudahkan urusan hidup, semoga Allah beri aku peluang utk merasai nikmat mengandung.. Amin. Ya Rabbal Alamin. 

Sebagai tanda kasih sayang seorang suami makanya hari lahir aku telah disambut di Secret Recipe.. Hahah.. Memandangkan di situ ade kek dan macam2 makanan suami decide pegi situ je. Alhamdulillah, terima kasih B.. I love You so much..  
Kek Ulangtahun kelahiran ke 26 aku... Alhamdulillah. thanks b..
Masa tu pegi dalam pukul 3 lebih. Perot pulak tengah lapar rasa macam-macam nak makan tp aku decide makan Curry Me dia je, suami makan Spaghetti memandangkan aku nak jugak makan spaghetti tu..Usai makan jalan-jalan dekat Aeon pegi Guardian, pegi Watsons lepas tu pusing-pusing bandar Melaka.



Melepak dekat Eye On pulak... tempat first time dating dulu. cehhh
Jutaan terima kasih pada semua yg menge'wish' ulangtahun kelahiran aku. Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua.. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anda..
.
.
.
.
.
Sekian.





Friday 20 April 2018

SHORT VACAY ke Terengganu 2018

Assalamualaikum...

Mata ni kalau menjelang petang mulalah minta ditutup sekejap. Nasib lah masa rehat tadi dapat tidur sekejap jadilah untuk melepaskan ngantok di mata.. dah macam melepaskan batuk di tangga pulak.. hahaha.. Aku kalau waktu rehat tak sah kalau tak lelapkan mata. Dapat 10 - 15 minit dia punya segau.. perghhhh.

Okay-okay, bukan pasal mata, mengantok dan tido aku nak cerita benau nya. Entri kali ni pasal aku, suami dan mak mertua berserta abang kepada suami aku telah bershort vacay. HAHA.. tak payah nak bershort vacay sangat la kina oiii.. pegi jemputan majlis perkahwinan sepupu suami belah arwah ayahnya di Terengganu 31 Mac lepas. Arwah ayah mertua aku memang ramai sedara kat sana.. Masa dapat jemputan ni pun macam terkejut jugaklah sebabnya kitaorang baru balik merewang majlis perkahwinan abang aku.

Terkejut bukanlah sebab apa pun.. terkejut sebab kitaorang kumpul duit then spend dekat wedding abang aku. Yela abang aku kahwin dengan orang Kelantan dan kau gila pegi sana bawa sikit je duit. .of kos lah nak shopping sekali kan walaupun cakap dengan suami "g kelantan ni nak tengok dak abang nikoh je".. kononnnnnnn!! hahaha.. yang terkejut nya sebab majlis perkahwinan sepupu suami tu dekat Terengganu.. kau rase?? padahal kitaorang baru lepas pegi wedding classmate UiTM aku kat Terengganu bulan 12 tahun lepas ..ni nak pegi lagi. Dah lah masa bulan 8 tahun lepas pegi Pahang sebab wedding ex-classmate aku jugak. Bulan 2 haritu ke Kelantan wedding abang aku.. Dah rasa macam Jelajah Pantai Timur pulak.

So,,30 Mac Jumaat malam baru kami gerak ke Terengganu.. jalan nak ke Terengganu ni boleh pilih sama ada nak ikot highway atau jalan dalam. Suami decide untuk ikot jalan dalam sebab Along ikut sekali.. Jumaat malam tu macam bersantai-santai, masih boleh layan lagi movie Johny English lakonan Mr.Bean.. tengah syok tengok elektrik pulak tetiba putus.. terus bersiap-siap keluar rumah..(padan muka, suami dok suruh bersiap kau masih nak tengok tv lagi)

Masa perjalanan pegi tu excited la.. Biasa lah aku ni kalau jalan jauh die punya excited lain maciammm..Excited-excited jugak, tidur-tidur jugak..HAHA..Biasa kalau jalan jauh dan malam aku akan ambil kafein untuk elakkan mengantok..konon nak teman si suami..Satu peel aku ni kalau jalan jauh suka nak sangat nak ke tandas. Selepas dibebelkan oleh mak dan suami maka aku kurangkan tabiat ke tandas. Pegi bila suami berhenti di RnR sahaja.

Pagi tu lebih kurang pukul 5.30pg kami berhenti di perhentian Ajil untuk solat dan mandi.. Plan mulanya nak terus ke homestay Pak Andak suami, tapi Along ajak untuk berjalan di bandar Kuala Terengganu dulu. Dalam pukul 7 lebih kami berhenti sarapan dulu. Dekat mana aku tak ingat pulak.. Lepas sarapan kami terus ke Masjid Kristal. Masjid tu dari tahun lepas aku pegi still lagi renovation. Lepak jela di luar masjid sambil melihat biawak berenang-renang..Gayat oiii geli geleman pon ade.huhu...Pagi lagi kami dah sampai dkt masjid kristal so kedai pon tak bukak lagi.

Lepas Kak Long dah puas bergambar, kami bergerak untuk ke Pasar Payang pulak..Jalan-jalan saje sebab aku dan suami baru je pegi so excited nak shopping tu tak ada..Aku cuma belikan mak aku kopok kering dengan kopok lekor je..lepas tu memasing laki bini dah kepanasan dan haus..Keluar je dari pasar payang terus pegi ke kereta sebab tak tahan panas dengan haus sambil menunggu kak long sekeluarga selesai shopping. Kitaorang ni ada jugak menunggu dia rupa-rupanya shopping kain ela. Cantik dan Murah weiii.. Aku mula nak kirim mak mertua je belikan.. tapi bila mak cakap "haa malas-malas lepas ni jangan ikot berjalan".. setepek kena terus keluar ikot diaorang..HAHAHA.. dah sampai rambang mata weeiii..

Dah dekat pukul 11pagi masa tu kami cari masjid terdekat untuk bersiap sebelum ke kenduri kahwin.. Duduk dekat kenduri tu pun tak lama. Pukul 2 kami dah gerak balik sambil tu menyinggah cari kopok lekor. Lepas tu kami ke Warong Pok Nong nak makan Ikan Celop Tepong. Dari pegi Terengganu dgn kelantan dulu dah request dgn suami, tapi kekangan masa so tak dapat pegi. Ini kali harus pegi..Dari uma kenduri nak ke Warung Pok Nong tu ada lah dalam 45minit. Sampai, beratur dan makan lepas tu lepak jap bergambar kenangan.

Ni masa kat kenduri kahwin. tak dapat bergambar di pelamin di pintu gerbang pon jadilah..

lebih kurang pukul 5ptg kami masing-masing bergerak ke tempat yang dituju. Aku ke Kuala Lumpur manakala Along terus pulang ke Melaka. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang 4 ke 5 jam..Perjalanan yang paling bosan penah kami alami.. Aku dan suami 2 3 kali bertukar tempat duduk disebabkan mengantok. Sampai di KL kami terus ke Kondo adik ipar aku untuk bawa dia sama-sama menginap di hotel di Petaling Jaya. Sampai hotel gedebak gedebuk dalam pukul 2.. Mandi makan terus tidur.. Penattt wehh..
IKAN CELOP TEPONG, WARONG POK NONG.
ni je yg suami sempat ambil. aku masa ni tengah beratur nak ambil air..

Esok pagi kami bersarapan di hotel sahaja memandang hotel yg aku tempah dah termasuk dgn pakej sarapan sekali.. Senang tak perlu pagi-pagi berasak cari kedai makan. Usai makan kami lepak di bilik sementara menunggu masa untuk check out.. Selesai check out jam 12.30 tengahari kami terus ke Tugu Negara memandangkan aku tidak pernah jejakkan kaki di sana. Berhenti makan di KFC lalu kami ke tempat praktikal adik ipar aku di Publika. Publika tu macam shopping complex jugak tapi untuk orang ada-ada jela. Tak berani nak membeli di sana.

Bergambar kenangan di Tugu Negara

Usai jelajah Publika, suami ternampak signboard untuk ke Istana Negara. Makanya kami bergegas ke sana untuk mengambil gambar sebagai kenangan walaupun hanya bergambar dengan pintu istana sahaja.. AHAHAHA.. jadi lerr nakk oiiii.. Selesai bergambar kami pun menghantar adik ipar pulang ke kondonya semula dan kami terus pulang ke Melaka.. Sampai Melaka lebih kurang jam 9 malam terus ke rumah along untuk hantar anak buah pulak. Aku sempat singgah ke rumah mak hantar kepok lekor..
Ni kat Istana Negara

Itu sahaja coretan percutian singkat kami ke Terengganu dan Kuala Lumpur.. jadi lah sebagai pengalaman dan ingatan buat kami..

Friday 6 April 2018

Resepi Spicy Korean Chicken

Assalamualaikum pembuka bicara.. Salam Jumaat Barakah.. 

Sudah memasuki bulan April maknanya banyak yang harus dilakukan di bulan ni. Aku akan dihantar training nanti di HQ Kapar memandangkan aku sudah beralih jawatan. Moga dipermudahkan urusan di sana nanti. Dua hari aku akan berada di sana makanya akan ku angkut suami aku sekali.

Hujung bulan April pulak family aku akan buat kenduri arwah untuk arwah ayah sekali dengan kenduri sambut puasa lah kiranya. Kenduri arwah ni memang tiap-tiap tahun kami akan buat di rumah. Bukan tak nak buat di masjid, tapi disebabkan family aku ni besar dan memang jarang dapat jumpa so inilah peluang untuk kami berkumpul ramai2.

Berbalik pada tajuk entri kali ni aku nak berkongsi resepi Spicy Korean Chicken. Resepi ni aku dapat di Instagram Raffieyusoff. Kawan aku yang memperkenalkan instagram ni dengan aku. Memandangkan dia tak tahu masak dia belajar dari situ je. Raffieyusoff ni dia akan sertakan sekali video ringkas, so senang bagi yang nak mula belajar masak tu. Resepi Spicy Korean Chicken ni aku olah sedikit tang sos nya sebab sos yang digunakan tak kena dengan tekak aku dan suami.

Spicy Korean Chicken ni kira macam signature food dari aku lah.. ceehhh.. Mula-mula aku buat untuk suami dulu kira peringkat pertama percubaan la tengok sedap ke tak.. kalau lepas kat tekak dia maknanya lepas lah untuk mertua dan adik ipar aku..Sekarang ni kalau tak tahu nak masak apa mak mertua aku akan request suruh buat ayam ni.. Dengan ni aku sertakan sekali bahan dan cara buatnya.. Alahh simple je. 


gambar dari instagram Raffieyusoff

Bahan utk ayam:

10 ketul kepak ayam di potong 2
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam
.
Kacau rata
.
Masukkan ayam dan gaul sehingga ayam bersalut sepenuhnya dan goreng sehingga kuning keemasan.

Untuk bahan sos pulak:

1/2 cawan sos cili (resepi asal guna sos Sriracha dan sos tomato)
2 sudu besar madu
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar kicap manis
.
Kacau sebati

Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Gaul rata dan taburkan sedikit bijan yg telah disangai. SIAPP !!


Wednesday 28 March 2018

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.... 

hari ni tanggal 28 Mac 2018 bersamaan hari Rabu yang indah, blog ini pertama kali diperkenalkan... 

Penerbitan blog ni adalah untuk berkongsi segala cerita kehidupan tentang diri aku...
Sebab aku suka mencari resepi masakan. suka mencuba masakan baru walaupun hari yang aku selalu masak hanyalah hujung minggu... 

Jadi dekat blog ni boleh la aku letak segala resepi untuk memudahkan aku membuat rujukan..

Haa lagi satu.. aku ni suka jalan-jalan cari makan.. mana yang viral mesti aku akan ajak suami aku terjah.. bak kata orang, bila orang tanya at least kau boleh respon tentang makanan tu..

Aku dengan suami aku memang suka tengok wayang.. tapi tak semua movie la kitaorang akan layan .. Macam cerita Fast n Furious ke, Marvel Studio punye cerita ke DC ke Mission Impossible ke.. boleh dikatakan kitaorang banyak layan movie Omputih je..

Jadinya disinilah aku mereview segala mak nenek yang aku buat...

Ok itu saja entry pengenalan dari aku..

Nanti aku buat pasal diri aku pulak..

Ok. Daaaa