Friday 6 April 2018

Resepi Spicy Korean Chicken

Assalamualaikum pembuka bicara.. Salam Jumaat Barakah.. 

Sudah memasuki bulan April maknanya banyak yang harus dilakukan di bulan ni. Aku akan dihantar training nanti di HQ Kapar memandangkan aku sudah beralih jawatan. Moga dipermudahkan urusan di sana nanti. Dua hari aku akan berada di sana makanya akan ku angkut suami aku sekali.

Hujung bulan April pulak family aku akan buat kenduri arwah untuk arwah ayah sekali dengan kenduri sambut puasa lah kiranya. Kenduri arwah ni memang tiap-tiap tahun kami akan buat di rumah. Bukan tak nak buat di masjid, tapi disebabkan family aku ni besar dan memang jarang dapat jumpa so inilah peluang untuk kami berkumpul ramai2.

Berbalik pada tajuk entri kali ni aku nak berkongsi resepi Spicy Korean Chicken. Resepi ni aku dapat di Instagram Raffieyusoff. Kawan aku yang memperkenalkan instagram ni dengan aku. Memandangkan dia tak tahu masak dia belajar dari situ je. Raffieyusoff ni dia akan sertakan sekali video ringkas, so senang bagi yang nak mula belajar masak tu. Resepi Spicy Korean Chicken ni aku olah sedikit tang sos nya sebab sos yang digunakan tak kena dengan tekak aku dan suami.

Spicy Korean Chicken ni kira macam signature food dari aku lah.. ceehhh.. Mula-mula aku buat untuk suami dulu kira peringkat pertama percubaan la tengok sedap ke tak.. kalau lepas kat tekak dia maknanya lepas lah untuk mertua dan adik ipar aku..Sekarang ni kalau tak tahu nak masak apa mak mertua aku akan request suruh buat ayam ni.. Dengan ni aku sertakan sekali bahan dan cara buatnya.. Alahh simple je. 


gambar dari instagram Raffieyusoff

Bahan utk ayam:

10 ketul kepak ayam di potong 2
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam
.
Kacau rata
.
Masukkan ayam dan gaul sehingga ayam bersalut sepenuhnya dan goreng sehingga kuning keemasan.

Untuk bahan sos pulak:

1/2 cawan sos cili (resepi asal guna sos Sriracha dan sos tomato)
2 sudu besar madu
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar kicap manis
.
Kacau sebati

Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Gaul rata dan taburkan sedikit bijan yg telah disangai. SIAPP !!


No comments:

Post a Comment