Monday 23 April 2018

My Birthday 2018

Haii..Assalamualaikum. sekali lagi kita bersua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Tanggal 22 April 1992 telah lahirnya seorang puteri Md Said dan Nona di hospital Melaka. Puteri yang diberi nama Siti Nor Shakina lain daripada nama kakak-kakaknya iaitu Sanawati, Sanawani dan Sanoraisha. Lahirnya dia sebagai anak yang ke dua belas yakni adik bongsu dalam keluarga besar ini. 

Macam formal sangat lah pulak rasa nya... HAHAHA. Okay2..Tarikh aku dilahirkan tu masa mak aku berusia 45 tahun..45 tahun kau.. haaa. kau rasee. WOW!!. semua macam tak percaya je. Sekarang umur aku 26 tahun dan mak aku 71 tahun.. Kalau pegi mana-mana mesti orang ingat mak aku tu nenek aku..hahaha.. Pernah sekali pegi gunting rambut dengan mak aku, tauke tu tanya "tu nenek u ke",, aku jawab ler "tu mak saya la aunty".. terus die tanya umur mak aku berapa, lahirkan aku umur berapa. Bila aku cakap mak lahirkan aku umur die 45 tahun. Terus cina tu "biar betul meyh. selalu umur macam tu anak ade complication @ cacat." kuaajakkk tak.. huhuhu. "takde la aunty, sy okay je takda masalah pon" aku jawab kat dia..

Alhamdulillah..semakin hari semakin sihat. Bersyukur sampai ke detik ini mak masih lagi bersama dengan aku walaupun ayah telah pegi dulu menghadap Ilahi. Al fatihah untuk arwah ayah.. Ayah yg terlalu banyak berkorban utk kami sekeluarga tak lupa jugak buat mak.. Terima kasih telah membesarkan diri kami, bersusah-payah, bersengkang mata, berpenat-lelah, berperit jerih walaupun aku tahu susah nak menjaga 12 orang anak.. 

Umur semakin meningkat ni semoga aku sentiasa istiqomah dalam apa jua aku buat. Semoga aku terus diberi kekuatan utk terus beribadat kpd Allah, ditetapkan iman, diperluaskan pintu rezeki, dikurniakan zuriat yg soleh solehah, dipanjangkan kasih sayang seorang suami, dipermudahkan urusan hidup, semoga Allah beri aku peluang utk merasai nikmat mengandung.. Amin. Ya Rabbal Alamin. 

Sebagai tanda kasih sayang seorang suami makanya hari lahir aku telah disambut di Secret Recipe.. Hahah.. Memandangkan di situ ade kek dan macam2 makanan suami decide pegi situ je. Alhamdulillah, terima kasih B.. I love You so much..  
Kek Ulangtahun kelahiran ke 26 aku... Alhamdulillah. thanks b..
Masa tu pegi dalam pukul 3 lebih. Perot pulak tengah lapar rasa macam-macam nak makan tp aku decide makan Curry Me dia je, suami makan Spaghetti memandangkan aku nak jugak makan spaghetti tu..Usai makan jalan-jalan dekat Aeon pegi Guardian, pegi Watsons lepas tu pusing-pusing bandar Melaka.



Melepak dekat Eye On pulak... tempat first time dating dulu. cehhh
Jutaan terima kasih pada semua yg menge'wish' ulangtahun kelahiran aku. Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua.. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anda..
.
.
.
.
.
Sekian.





No comments:

Post a Comment